• 1
  • 2
  • 3
1

Karya Publika

[KARYA PUBLIKA] Dendam Perempuan Iblis

Regular price
RM 33.06
Sale price
RM 33.06
Regular price
RM 38.90
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sblm 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sblm 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: [KARYA PUBLIKA] Dendam Perempuan Iblis

ISBN: 9789672394556

Penerbit: Karya Publika

Muka Surat: 459 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Saidee N, Azam

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.45kg

Dimensi (cm): 3cm x 20cm x 13cm



SINOPSIS

Penemuan sebuah kubur lama yang tidak bernesan mengejutkan Imam Khabir dan dua orang penggali kubur di Kampung Darat Pak Tam, Marang. Ini semua akibat ketiadaan tanah untuk menempatkan jenazah yang baru meninggal, hendak tidak hendak terpaksa mengarahkan orang-orang kampung agar kembali ke kawasan perkuburan yang sudah lama ditinggalkan dan terbiar di hujung kaki Batangan.

"Kita tak ada tempat lain dah Imam, nak tak nak kita terpaksa juga simpan jenazah tu di kubur lama yang dikatakan oleh si Sudin itu. Jenazah tidak boleh dibiarkan lama-lama. Kita tak dapat kawasan yang sesuai, makanya hanya kawasan perkuburan yang lama itu sahajalah pilihan kita yang terbaik." - Haji Rafi

Apa yang mengejutkan jenazah dari kubur lama itu masih dalam keadaan yang baik, tidak mereput, tetapi bertaring! Malah kuku kedua-dua belah tangannya panjang sehingga membelit tubuhnya sendiri.

"Saya nampak mayat yang ada di dalam liang sebelah itu berkuku panjang. Kukunya panjang sangat Imam, sampai hampir nak melilit tubuhnya." - Mamat

Sejak terbongkarnya kubur lama yang tidak bernesan itu, kampung itu sudah tidak aman lagi, dan telah mengalami pelbagai kejadian buruk. Kematian demi kematian telah berlaku sehingga berjangkit ke kampung sebelah pula. Seolah-olah ada binatang buas yang mengganas, atau mungkin sesuatu yang berdendam dan dahagakan darah manusia!

"Isteri si Hosin diserang makhluk misteri, berkemungkinan manusia atau mungkin juga binatang. Ada yang mengatakan angkara hantu-hantu, entahlah. Sekarang isterinya ada di rumah sakit bersama anak kecilnya itu." - Pak Chan

Mampukah Imam Khabir menghalang amukan makhluk yang tidak dapat dikenal pasti itu? Apakah kaitan kubur lama yang tidak bernesan itu dengan kejadian ngeri yang sedang melanda Kampung Darat Pak Tam?