• WHITE BACKGROUND dpn his princesa (1)
  • cover blkg on the days
  • cover isi on the days
1

Karya Seni

[KARYA SENI] On the Days You Left

Regular price
RM 33.00
Sale price
RM 33.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: [KARYA SENI] On the Days You Left 

ISBN: 9789674692469

Penerbit: Karya Seni

Muka Surat: 764 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Inawza Yusof

Tahun Terbitan: 2026

Format: Softcover

Berat (kg): 0.61 kg

Dimensi (cm): 3.6 cm x 18.3 cm x 11.5 cm



SINOPSIS

Mereka pempengaruh terkenal. Adaline yang manis dan baik hati, Maia yang berani dan memukau, serta Ness yang cekap membaca arus media sosial. Dan ketika itu, Adaline menemui Hayat, cinta pertamanya. Adaline tahu, luka paling awal membentuk cara kita mencintai. Sejak ibunya pergi, setiap senyap terasa seperti pintu yang tertutup. Ketika Hayat mengalami kecederaan yang memadam masa depan, dia kekal bertahan, menjadi alasan untuk Hayat terus tersenyum. Namun hidup tidak pernah lurus. Ada hari yang sunyi, ada malam yang menyoal, ada kasih yang perlu dibuktikan tanpa kata-kata. Satu video tular, dan segala di antara mereka tidak lagi sama. Selama ni nampak sopan. Sekali keluar negara terus hilang akal. Hayat patut cari yang lebih baik. Ni stok parti je. Kalau girlfriend pun tak jaga imej, patutlah dia tak perform. Adaline pergi dan lama menghilang. Kehilangan Maia mengembalikan persoalan yang menuntut kejujuran.

Dalam kekacauan itu, seorang anak kecil bernama Cleo hadir seperti cahaya kecil yang tenang. Asal-usulnya menyentuh luka terdalam, namun kasihnya mengikat semula yang hampir terlerai. Nerissa mencari ruang untuk menebus jiwa yang tersandar pada nama dan lampu sorot. Dan Hayat belajar bahawa kemenangan tidak selalu berlaku di podium. Kadangkala ia bermula pada pagi yang biasa, ketika dua hati saling memilih untuk tidak melepaskan. “Kau peduli, but then you chose to let me go. Why?” - ORKED ADALINE “Aku tak pernah tinggal kau, Adie.” - HAYAT MUKHTAR. Tetapi kebenaran tidak selalu memihak kepada masa lalu. Ini ialah kisah tentang meninggalkan dan ditinggalkan, tentang pulang yang tidak selalu berpeta dan tentang keberanian untuk tinggal walaupun hati pernah hancur. Jika yang pergi membentuk kita, sanggupkah kita membentuk semula diri untuk yang mahu tinggal?