• 1
  • 2
  • 3
1

[MIA AZWARI] My Loyal Queen #

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: My Loyal Queen 

ISBN: 9786299811848

Penerbit: Mia Azwari  Enterprise

Muka Surat: 503 m/s

Halaman:  Hitam Putih

Penulis: Mia Azwari

Tahun Terbitan: 2024

Format: Paperback

Berat (kg): 0.494 kg

Dimensi (cm): 12.6 cm x 3.9 cm x 20.3 cm 


SINOPSIS

18 tahun dia hidup sebagai rakyat biasa. Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu dan bapanya. Namun semuanya berubah ketika dia menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18.

Paling mengejutkan apabila dia merupakan pewaris raja di Negara Andanika. Bermula detik itu, kehidupan Raf yang bebas terus disekat apabila dia diarah pulang ke istana.

Di sekolah diraja, Raf menjadi perhatian ramai terutamanya Tasnim, gadis paling pintar di sekolah. Namun pertemuan mereka tidak menyenangkan hati Raf.

“Di sekolah ni ada peraturan. Sesiapa yang baru masuk ke sini, dia perlu tunaikan satu permintaan aku.” - Puteri Tasnim

“Aku... tak akan sesekali ikut arahan orang yang bodoh.” - Raja Raffi

Tercabar dengan kata-kata Raf, Tasnim nekad untuk mengenakan lelaki itu. Dayang yang polos dan lurus, dijadikan alat untuk mengenakan Raf.

“Atas alasan apa kau nak kenakan aku? Setahu aku, aku tak pernah ada masalah dengan kau. Kita kenal pun tidak.” - Raja Raffi

“Sebab... sebab...” - Dayang

“Sebab apa???” - Raja Raffi

“Sebab saya suka awak!” - Dayang

Raf jadi rimas sering diganggu di sekolah. Dia terpaksa keluar dari istana secara curi-curi untuk mendapatkan sedikit kebebasan. Namun dia tersalah langkah apabila nyaris dibunuh. Mujurlah ada seorang gadis misteri yang sering muncul menjadi penyelamat hidupnya.

“Nama aku Q.” - gadis misteri

“Q? Apa ke pelik sangat nama tu?” - Raja Raffi

“Tak peliklah. Kalau nama kau Raja, aku... Queen.” - gadis misteri

Tasnim, Dayang dan Q... Ketiga-tiga gadis ini tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Apa yang pasti, hanya salah seorang daripadanya mendapat tempat dalam hati Raf. Siapakah gadis itu? Dan adakah benar Raja Raffi pewaris sebenar?