[MUST READ] Novel Resonansi
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: Resonansi
ISBN: 9786297836188
Penerbit: Must Read
Muka Surat:408 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis:Deia
Tahun Terbitan: Januari 2026
Format: Softcover
Berat (kg): 0.373 kg
Dimensi (cm): 19cm x 13cm x 3cm
SINOPSIS
Nadine hanya mahu menjadi seorang penghias dalaman yang berjaya di bawah Ivan, anak angkat keluarganya yang berhajat menjadikannya suri hati. Namun, kepulangan bekas tunang Ivan, Zalia untuk menagih semula cinta Ivan telah memaksa Nadine keluar dari Space Creation, syarikat milik Ivan.
Haze, seorang pengembara digital dan pempengaruh terkenal, kembali ke tanah air setelah sekian lama membawa diri. Dia yang awalnya bersikap dingin dengan Nadine, mula senang dengan kehadiran gadis itu walaupun dia tahu Nadine mungkin boleh berada dalam bahaya rentetan kehadiran musuh-musuhnya yang tidak diketahui.
Mereka bertiga sedar bahawa setiap seorang mempunyai kelebihan tersendiri akibat trauma masa lalu; Nadine dapat merasai emosi yang terperangkap dalam sesuatu ruang, Ivan dapat melihat masa silam melalui sentuhan dan Haze yang sentiasa dibayangi dengan imej-imej tertentu pada masa hadapan.
Ketiga-tiganya terikat dalam satu resonansi yang membawa kepada satu titik dan pembongkaran misteri yang selama ini membelenggu hidup mereka.