• 1
  • 2
  • 3
1

THE PATRIOTS

[PATRIOTS] Penunggu Pulau Salik (L131, BL115)

Regular price
RM 28.05
Sale price
RM 28.05
Regular price
RM 33.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sblm 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sblm 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: [PATRIOTS] Penunggu Pulau Salik

ISBN: 9786297870342

Penerbit: Patriots

Muka Surat: 268 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Ilham Mazalan

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.3kg

Dimensi (cm): 2cm x 21cm x 14cm



SINOPSIS

“Iman, kau tak rasa ke pulau ni lain macam? Semua tempat ada hiasan kepala kambing. Masjid pulak usang macam dah lama tak ada orang guna. Matahari pulau ni pun… kelam semacam.”

Bagi staf Zoo Kuala Lumpur, percutian mereka ke Pulau Salik hanyalah sekadar untuk merehatkan minda setelah penat menjaga beruang, flamingo, gajah dan kuda belang. Siapa sangka, penduduk pulau itu ada rancangan gelap buat mereka berlima.

“Babaghori Babaghori! Datang dari Varanasi! Dicerca dihalau pengikut sendiri! Datang ke sini membantu kami!”

Di sebuah perigi buruk di tengah Pulau Salik, sekalian penduduk kampung menghabiskan malam mereka memuja seekor saka bertanduk dua: Sang Babaghori nan perkasa, yang selama ini melindungi pulau itu dari bencana. Namun tiga ratus tahun telah berlalu. Babaghori sudah tidak mahu kekal di periginya. Ia mahukan pengganti. Dan nasib lima sekawan bernama Iman, Dayana, Bobby, Erni dan Josh dari Zoo Kuala Lumpur itu bakal porak peranda kerananya. Penunggu Pulau Salik merupakan sebuah kisah seram. Sebuah kisah tentang korban dan pemujaan. Namun ia juga sebuah kisah cinta, persahabatan, trauma silam, dan pentingnya sebuah keikhlasan.