• 1
  • 2
  • 3
1

Penerbit USM

[PENERBIT USM] Penyakit Psikotik: Rawatan Psikiatri dan Spiritual (L91)

Regular price
RM 37.40
Sale price
RM 37.40
Regular price
RM 44.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Penyakit Psikotik: Rawatan Psikiatri dan Spiritual

ISBN: 9789674617929

Penulis: Nor Shuhada Murad@Mansor, Mohammad Farris Iman Leong Abdullah, Mohd Afifuddin Mohammad

Penerbit: Penerbit USM

Muka Surat: 186

Halaman: Hitam Putih

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft Cover

Berat (kg): 0.35kg

Dimensi (cm): 1cm x 24cm x 16cm



SINOPSIS

Penyakit atau kecelaruan psikotik merupakan salah satu penyakit mental yang kerap berlaku dan mengganggu pemprosesan maklumat pada otak sehingga ia menyebabkan perubahan emosi secara tiba-tiba, kecelaruan fikiran, permasalahan tingkah laku dan penilaian serta menjejaskan keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dengan baik. Memandangkan ia menjejaskan fungsi utama pesakit sehingga mereka mempamerkan kelakuan dan percakapan yang agak aneh, stigma penyakit psikotik dalam kalangan masyarakat adalah agak berleluasa. Justeru, adalah penting agar perawat dapat membezakan pesakit psikotik daripada pesakit mental lain yang boleh mempamerkan gejala psikotik agar diagnosis yang tepat dapat dilaksanakan untuk mengurangkan stigma dan kesilapan dalam melabelkan pesakit yang sebenarnya tidak menghidap penyakit psikotik. Di samping itu, penekanan kepada peranan spiritual sebagai punca kemunculan penyakit psikotik dan rawatannya juga perlu dikupas.


.


Justeru, buku Penyakit Psikotik: Rawatan Psikiatri dan Spiritual menghuraikan informasi dan gabungan data hasil penyelidikan kolaborasi para penulis dan juga data kedapatan hasil penyelidikan dari seluruh dunia secara terperinci. Ia meliputi fakta menarik berkenaan dengan penyakit psikotik dari pelbagai sudut seperti definisi penyakit psikotik dan statistiknya, punca penyebab dan faktor risiko, manifestasi gejala-gejala psikotik secara umum dan juga dalam kumpulan populasi yang berbeza, perbezaan antara penyakit psikotik dengan penyakit mental yang lain, rawatan penyakit psikotik secara perubatan moden, penyakit psikotik dari perspektif spiritual dan rawatannya, kesihatan mental penjaga dan pengurusannya serta integrasi pandangan perubatan moden dan spiritual tentang penyakit psikotik.


.


Matlamat utama buku ini adalah untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat tentang ciri-ciri penyakit psikotik, punca berlakunya penyakit psikotik dan keberkesanan rawatan sedia ada agar ia dapat mengurangkan stigma penyakit psikotik dalam kalangan masyarakat. Buku ini ditulis untuk mengisi kekurangan buku ilmiah fakta saintifik, klinikal dan spiritual tentang penyakit psikotik dalam pasaran tempatan. Buku ini juga sesuai sebagai bahan rujukan ilmiah untuk ahli akademik, pelajar, pakar dan pegawai perubatan, paramedik dan para ulama serta sebagai bahan bacaan umum untuk masyarakat.


.