Rinsya Chasiani Publication
[RINSYA] Khair, Sweetness in You (L198)
- Regular price
- RM 31.50
- Sale price
- RM 31.50
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Tajuk: Khair, Sweetness in You
ISBN: 9789672813842
Penerbit: Rinsya Chasiani Publication
Muka Surat: 347 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Rinsya Chasiani
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.41kg
Dimensi (cm): 3cm x 20cm x 13cm
SINOPSIS
"Kehadapan Kak Yana, Ir dah lama suka Kak Yana, Ir tak nak Kak Yana bercinta dengan Bob, Ir nak jadi kekasih Kak Yana."
Aku tergelak besar. Khair Ikhsan. Budak tu 10 tahun. Muda dari aku 5 tahun. Tak padan dengan kecik, ada hati nak mengurat! Dalam hatiku, dia bukan siapa-siapa. Aku masih teringat tangisan Khair apabila dibawa oleh keluarganya berpindah ke luar negara. Kini 15 tahun telah berlalu. Dia pulang. Dan aku masih lagi suka menyakatnya.
"Teringin aku nak ungkit masa kecil dia." Ujarku pada Yuhanis, kakak Khair merangkap kawan baikku dari kecil.
"Ha Khair. Ingat tak siapa ni? Ni la Kak Yana." Tanya Yuhanis. Khair pandang aku sekilas.
"Tak. Tak ingat " - Khair lkhsan
Eh? Biar betul tak ingat? Tapi kalau tak ingat, kenapa di mana ada aku, dia muncul di situ?
"Yana... You jadi girifriend I."
Aku hampir tersedak mi goreng.
"Siapa?" soalku dengan suara yang hampir tenggalam.
"You dan I."
Kata Yuhanis, Khair tidak main-main. Dia serius. Tapi padaku, kami berdua tidak sepadan. Kerana itu aku memilih untuk mendekati Fuad.
"Kalau Khair masih ada simpati, jangan ganggu hidup akak lagi. Pempuan kalau dah mave on, tak perlu di try. Sebab takut timbul benci." - Aku
Tapi, sudah tertulis jodohku dengannya. Berkali-kali aku mengelak dan menolak, dia masih berdegil untuk mengusik perasaanku.
"I faham kalau you tak sayangkan I sepertimana I sayangkan you. I percayakan you. Sebab yang mengikat hati kita bukan sekadar perasaan. Tapi tanggungjawab, kasih sayang dan juga hubungan halal." - Khair