RINSYA
[RINSYA] Surat Cinta Bersampul Jingga (Z2)(L110)
- Regular price
- RM 32.40
- Sale price
- RM 32.40
- Regular price
-
RM 36.00
Share
Tajuk: Surat Cinta Bersampul Jingga
ISBN: 9789672813941
Penerbit: Rinsya Chasiani
Muka Surat: 361 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Illa Shanahila
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.36 kg
Dimensi (cm): 2.5 cm x 20 cm x 12 cm
SINOPSIS
Dikurung di dalam rumah sendiri selepas koma, Aura mula merancang jalan keluar. Entah kenapa, berbanding suami pilihan keluarga, dia lebih percayakan Adri, lelaki asing yang sudi tinggalkan bunga mawar tanpa duri di beranda biliknya.
“Awak... tak nak kahwin dengan saya?”
Adri menganggapnya gila. Namun Adri mula fikir buat kali kedua. Setuju dengan permintaan Aura mungkin satu-satunya jalan untuk melarikan diri daripada masa lalu yang masih menghantui.
“Baiklah. Kau boleh kahwin dengan aku.” - Adri
“Serius?”- Aura
“Tapi, aku tak janji yang aku akan layan kau macam selayaknya seorang isteri.” - Adri
Sebagai isteri, Aura terpaksa menerima dingin Adri, lelaki yang masih hidup dalam bayang-bayang cinta lamanya yang sudah meninggal dunia. Rose. Segalanya berubah apabila Aura menemui sebuah diari lama milik Rose. Helaian demi helaian dibaca untuk memahami diri Adri dan kisah silam lelaki itu. Namun, semakin dia menyelami kisah Adri dan Rose, semakin Aura menyedari bahawa dia tidak lagi punya tempat di sisi suaminya.
“Awak rindukan dia walaupun dia dah buat awak terluka?” - Aura
“Kau... tak tahu apa pun pasal aku dan dia, Aura.” - Adri
Kasih sayang Adri terhadap arwah kekasihnya cukup kuat sehingga tiada ruang untuk Aura memupuk rasa cinta di hati lelaki itu. Memori yang tidak sepatutnya wujud, mula muncul dan perasaan yang tidak sepatutnya dimiliki kian menghantui. Dan setelah rahsia itu terungkai, Aura terpaksa berdepan satu realiti yang mengubah segalanya.
Sepucuk surat bersampul jingga yang dibaca oleh Adri membuatkannya sedar, dia perlu segera memutuskan arah tuju hubungan mereka. Adakah Adri bakal menyesali sikapnya terhadap Aura? Atau perpisahan yang terbaik untuk kisah mereka? Dan mampukah Aura terus menjadi penyembuh jiwa Adri yang penuh luka?