RMA Studio
[RMA STUDIO] Fly High 5: Out Of The Broken Sky (L64)
- Regular price
- RM 43.20
- Sale price
- RM 43.20
- Regular price
-
RM 48.00
Share
Tajuk: Fly High 5: Out Of The Broken Sky
ISBN: 9786297293048
Penerbit: RMA Studio
Muka Surat: 557 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Adnil Zaff
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 1 kg
Dimensi (cm): 4 cm x 20 cm x 13 cm
SINOPSIS
Kepercayaan! Kisah ini tentang kepercayaan.
Norish Qaira Asyikin... menempa kesusahan diri kerana terlibat dengan cinta suami orang. Itulah satu pengalaman paling hitam pada dirinya yang menyeret dia kepada hilangnya kepercayaan ayahnya yang garang itu kepadanya.
Haji Ismail... seorang ayah yang tegas. Sekali dia dikecewakan, dia beri hukuman yang berat buat Norish. Norish tinggalkan kampung demi untuk menegakkan semula maruah dirinya.
Namun takdir Allah itu indah. Allah tak pernah zalim. Namun Allah uji hamba-Nya selalu. Ketika Norish sudah memulakan latihan untuk menjadi juruterbang, Haji Ismail beri hukuman kepada anaknya dengan menyekat kewangan Norish. Biar anaknya belajar dapatkan sesuatu dengan susah!
Namun hukuman dari sang ayah itulah yang membawa Norish bertemu dengan bakal jodohnya.
"I don't know what to do. Ini aje yang I ada untuk teruskan hidup. Ayah I tak nak tolong I. I dah tak mampu. I malu. I tak berniat nak beratkan you dengan masalah I. You tak kenal I pun." - Norish.
"Don't be sad... this time you're not starting from stratch. You're starting from experience. Don't give up on your study. You're halfway there." - Jared Khoo
Lelaki Cina beragama Kristian itu lekas mengikat hati Norish dengan ketulusan hatinya. Namun cinta tak semestinya semudah itu boleh diucapkan.
"I can't do this. Lama-kelamaan you akan berjumpa dengan orang lain. Abang Jared tak mahu jagakan jodoh orang." - Jared.
"Is that what you think about all this time? You rasa I akan duakan you di sini? Don't you dare put that burden on me. Itu alasan you aje. Kalau tak suka, cakap ajelah tak suka. Jangan berdolak-dalih macam ni" - Norish.
Bukankah Norish sudah belajar tentang kepercayaan? Dia sedar antara dia dan Jared hanya perlu ada kepercayaan untuk mereka kekal bersama. Out Of The Broken Sky... Norish tetap terbang tinggi. Biar sebesar apa salahnya, dia tetap sama macam hamba Allah yang lain. Layak bahagia!