TELAGA BIRU
[TELAGA BIRU] 40 Hadis Sahih Kisah Ghaib & Ajaib (Remake) (L112)
- Regular price
- RM 16.15
- Sale price
- RM 16.15
- Regular price
-
RM 19.00
Share
Tajuk: 40 Hadis Sahih Kisah Ghaib & Ajaib
ISBN: 9789673884407
Penerbit: TELAGA BIRU
Muka Surat: 207 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Dr. Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi & Mohamad Lokman Mohd Salleh
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.277 kg
Dimensi (cm): 14cm x 1.1cm x 21cm
SINOPSIS
Kisah-kisah ghaib dan ajaib sering kali menarik minat manusia, sama ada disampaikan melalui lisan atau tulisan. Namun, tiada jaminan sesuatu kisah bersifat ghabiyyat adalah sahih melainkan ia datang daripada sumber dari sisi Penguasa dan Pencipta alam ghaib itu sendiri, iaitu Allah SWT. Sumber alam ghaib yang tunggal ialah al-Quran atau hadis yang sahih sahaja.
Sudah sampai masanya masyarakat kita didedahkan kepada kisah-kisah ghaib dan ajaib yang sahih disumberkan al-Quran dan hadis sekali gus mampu meneguhkan keimanan kepada alam ghaib daripada terus dikhayalkan degan kisah-kisah ghaib yang pelik, ajaib dan tidak dapat dipertanggungjawabkan sumber asalnya.
Prof. Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar menasihati para ulama, asatizah atau penceramah agar menyampaikan isi-isi yang seumpama hadis yang dimuatkan dalam buku ini agar ia mampu menyedarkan orang yang lalai. Nasihat yang terbaik semestinya nasihat daripada Allah SWT melalui al-Quran dan Rasulullah melalui hadis-hadis Baginda.