• ali
  • ali (2)
  • ali (3)
  • ali (4)
1

IBDE Ilham

[IBDE] Ali Bin Abi Talib- Kesatria Agung Sepanjang Zaman (Hardcover)

Regular price
RM 59.50
Sale price
RM 59.50
Regular price
RM 70.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Ali Bin Abi Talib- Kesatria Agung Sepanjang Zaman 

ISBN: 978629812373

Penerbit: IBDE Ilham 

Muka Surat: 256 m/s

Halaman: Hitam Putih 

Penulis: Abdul Hasan Ali Nadwi 

Tahun Terbitan: 2026 

Format: Hard Cover 

Berat (kg): 0.40 kg

Dimensi (cm): 2.5 cm x 23.5 cm x 15.5 cm



SINOPSIS

Bagaimanakah seorang pahlawan paling ditakuti di medan perang pada masa yang sama boleh menjadi hamba yang paling lembut hatinya di sejadah malam? Buku Ali bin Abi Talib: Kesatria Agung Sepanjang Zaman membuka tabir kisah kehidupan Saidina 'Ali bin Abi Talib yang disanjung tinggi dek kesatriaannya di medan tempur, ketekunannya beribadah dan kebijaksanaannya dalam pemikiran dan ucapan. Pembaca tidak sekadar ditawarkan riwayat hidup dan sirah sahabat terdekat sekaligus ahli keluarga Nabi Muhammad SAW, malah dapat mengambil pedoman kepimpinan berpaksikan keadilan mutlak serta keteguhan iman khalifah terakhir daripada kalangan Khulafa Al-Rasyidin ini. Temui rahsia di sebalik ketokohan menantu Rasulullah SAW yang teguh mempertahankan tonggak Islam ketika fitnah berleluasa. Sebuah karya wajib bagi mereka yang tercari-cari inspirasi daripada susuk tubuh yang menjadi lambang kekuatan moral dan rohani sepanjang zaman.

KETERANGAN KHAT

Khat gaya Nastaliq dalam bulatan bertulis nama 'Alī bin Abī Talib RA. Manakala, khat Thuluth Diwani di atas judul rumi 'Alī bin Abi Talib bertulis "Karramallahu wajhah" )كَرَّمَ اللهُ وَجْهَهُ ( yakni gelaran yang bermaksud "Semoga Allah memuliakan wajahnya."