[FORTUNELLE] Cinta Untuk Kita (Z2,Z9,L114)
- Regular price
- RM 46.80
- Sale price
- RM 46.80
- Regular price
-
RM 52.00
Share
Tajuk: Cinta Untuk Kita
ISBN: 9786299475989
Penerbit: Fortunelle Editions
Muka Surat: 416 m/s
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Penulis: Fleurdehana
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 1.13 kg
Dimensi (cm): 4 cm x 21 cm x 15 cm
SINOPSIS
Pertemuan mereka bermula dengan perbezaan— satu jiwa yang pernah terluka, dan satu lagi tidak pernah mengenal erti cinta, tetapi bersedia untuk belajar dan menerima. Mereka bertemu tanpa janji, tanpa jangkaan.
“Saya tengah berfikir tentang masa depan kita.” – Qaiyyim Laith
“Tak ada istilah ‘masa depan kita’! Aku tak suka kau! Jadi, kau cakap dengan kawan-kawan aku yang kita ni tak serasi.” – Aaliyah Cyra
Siapa sangka, pertemuan pertama itu membuatkan Qaiyyim Laith mula jatuh hati dengan sikap selamba Aaliyah Cyra, manakala Aaliyah terlalu anti dengan lelaki gedik seperti Laith. Namun hati… siapa mampu menjangka?
Cinta hadir perlahan, mengisi ruang yang penuh dengan luka dan parut. Tetapi apabila ego berbicara lebih kuat daripada hati, cinta ikhlas yang dihulurkan dibuang ke tepi.
“Awak tak perlu sukakan saya sekarang. Saya cuma nak ada dekat sini… masa awak tak kuat. Saya nak awak tahu yang saya sentiasa ada di belakang awak. Di kala awak jatuh, saya yang akan hulurkan tangan supaya awak mampu berdiri semula.” – Qaiyyim Laith
“Patut ke saya terus menunggu awak, Cyra? Atau saya memang tak ada ruang di hati awak, walaupun secebis?” – Qaiyyim Laith
“Bukan saya tak nak buka hati untuk awak, Laith. Tapi saya takut… takut kejadian yang sama akan berulang semula.” – Aaliyah Cyra
Namun, ketika hati mula menerima kehadiran cinta, masa lalu kembali menghimpit. Trauma lama kembali menghantui hidup Aaliyah, dan dia terpaksa menghadapi cacian serta makian daripada wanita yang mengandungnya. Hati anak mana yang tidak terluka?
“Kau jangan ingat kau akan bahagia lepas apa kau lakukan dalam keluarga ni. Kau hanya pembawa bala untuk semua orang! Jangan pernah lupa yang kau juga punca kematian dia. Kau juga punca bapak kau mati! Kau juga punca adik kau mati! Kau memang anak pembawa sial!” – Puan Talitha
Laith hadir untuk merawat luka di hati Aaliyah. Kebahagiaan yang selama ini dicari, mula dikecapi. Namun silap masa lalu, salah seorang dari mereka membawa diri.
Jarak memisahkan. Diam menjadi dinding. Dan persoalan mula menghantui—adakah cinta cukup kuat untuk menunggu?
Ketika salah seorang berani mengejar, yang satu lagi hampir menyerah. Kerana tidak semua cinta tentang memiliki. Ada yang tentang memahami. Dan ada yang hanya akan kekal… jika kedua-duanya memilih untuk pulang.
Cinta Untuk Kita — kisah tentang kehilangan, keberanian, kebahagiaan, dan cinta yang masih ingin diperjuangkan.