PTS
[PUTEH PRESS] Gaduh: Konflik Bahagia & Derita (L168, Y14)
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: Gaduh: Konflik Bahagia & Derita
ISBN: 9786294641228
Penerbit: Puteh Press
Muka Surat: 224 m/s
Halaman: Berwarna
Penulis: Saifuddin Hamizan
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperbag
Berat (kg): 0.274 kg
Dimensi (cm): 21 cm x 15 cm x 2 cm
SINOPSIS
Pergaduhan dalam hubungan lelaki dan wanita, khususnya dalam pertunangan dan perkahwinan, sering dianggap sesuatu yang tidak perlu dibincangkan secara serius. Kita dinormalisasikan untuk percaya segala kerumitan hanya perlu difikirkan apabila berada dalam hubungan, lalu beranggapan memilih pasangan yang tepat sudah cukup untuk menyelesaikan masalah. Hakikatnya, walaupun bersama orang yang tepat, cabaran komunikasi tetap wujud dan konflik tidak dapat dielakkan.
Konflik yang dipendam ibarat gunung berapi yang menunggu masa untuk memuntahkan laharnya. Sebelum pergaduhan bertukar menjadi ledakan yang merosakkan hubungan, keperluan untuk mencari resolusi dan memahami cara bergaduh secara sepatutnya menjadi semakin penting. Dengan strategi yang tepat, setiap pergaduhan berpotensi menatijahkan sesuatu yang positif serta membuka ruang pertumbuhan dalam hubungan.
Buku ini mengajak melihat pergaduhan dari sudut yang berbeza. Bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai peluang untuk memahami, memperbaiki dan menguatkan hubungan yang ingin dipertahankan.