IBDE Ilham
[IBDE] Jilid 14- Kitab Celaan Terhadap Harta, Kebakhilan, Kedudukan dan Riyak- Ihya' Ulumuddin (Hardcover)
- Regular price
- RM 68.00
- Sale price
- RM 68.00
- Regular price
-
RM 80.00
Share
Tajuk: Jilid 14- Kitab Celaan Terhadap Harta, Kebakhilan, Kedudukan dan Riyak- Ihya' Ulumuddin (Hardcover)
ISBN: 9786297812205
Penerbit: IBDE Ilham
Muka Surat: 408 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Tahun Terbitan: 2026
Format: Hard Cover
Berat (kg): 0.61 kg
Dimensi (cm): 3.8 cm x 23.6 cm x 15.5 cm
SINOPSIS
Jilid ini mengandungi dua kitab daripada Suku Muhlikat initu KITAB CELAAN TERHADAP HARTA DAN KEBAKHILAN dan KITAB CELAAN TERHADAP KEDUDUKAN DAN RIYAK. Dalam kitab pertama, Imam al-Ghazali menyatakan bahawa harta itu sama ada banyak, sedikit, mahupun tiada, setiapnya adalah bentuk ujian harta yang akan mempengaruhi sikap tertentu pada diri manusia. Sikap terbaik dalam segenap keadaan tersebut ialah bersederhana terhadap harta. Kitab kedua pula menekankan bahawa riyak selaku syahwat yang tersembunyi hendaklah dicegah dari awal lagi lantaran besarnya dosa maksiat riyak ini, lebih-lebih lagi apabila berkaitan amal ibadat.
IHYA 'ULUM AD-DĪN merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah kitab dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
ABÚ HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AL-GHAZĀLĪ (450-505H) adalah ilmuwan penting Islam yang hidup pada kurun kelima Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Hujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur mencakupi pelbagai bidang.