• WHITE BACKGROUND - 2026-06-22T170032.413
  • WHITE BACKGROUND - 2026-06-22T170054.176
  • WHITE BACKGROUND - 2026-06-22T170140.497
1

AIZLIEYA EMPIRE

[AIZLIEYA EMPIRE] Rayyan Diandra (L106,Y23)

Regular price
RM 47.70
Sale price
RM 47.70
Regular price
RM 53.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Rayyan Diandra

ISBN: 9786299212904

Penerbit: Aizlieya Empire

Muka Surat: 528 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Queenz Isya

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 1.42 kg

Dimensi (cm): 4cm x 21cm x 15cm


SINOPSIS

Megat Rayyan Iskandar, pewaris pertama generasi kelima keluarga konglomerat The Megats, adalah lelaki yang memiliki segala-galanya... kekayaan, pengaruh, dan status sebagai salah seorang most eligible multi-billionaire bachelors. Dengan segala kelebihan itu, dia turut memiliki tunang, Nur Qaseh Khaleeda, seorang wanita yang menjadi pilihannya untuk membina masa depan. Namun, semua impian dan rencana indah itu hancur apabila sepupunya, Puteri Diandra Humaira, memerangkapnya sehingga mereka terpaksa berkahwin.

Puteri Diandra Humaira, pewaris ketujuh dalam keluarga The Megats, dilihat sebagai ikon kejayaan atas usahanya sendiri. Sebagai cucu perempuan Dato' Seri Utama Megat Amirullah, Diandra telah membuktikan kemampuan untuk berdiri di atas nama dan bakatnya tanpa bergantung kepada pengaruh keluarga. Namun, jalan hidupnya tidak mudah. Pada usia tiga belas tahun, dia dihalau oleh ayahnya, Tan Sri Megat Arwish, kerana memilih kerjaya sebagai model, bukan laluan yang ditetapkan untuknya. Kecekalannya membuahkan hasil apabila dia berjaya mencipta nama dalam dunia peragaan dan fesyen, sebelum akhirnya mengasaskan empayar fesyennya sendiri, The D'Couture.

Namun, di sebalik kejayaannya, hatinya hanya terpaut kepada satu lelaki... Megat Rayyan Iskandar. Apabila mengetahui perkahwinan Rayyan dengan Qaseh semakin hampir, Diandra tidak dapat menerima kenyataan bahawa lelaki itu memilih seorang wanita biasa yang tidak sebanding dengannya. Dalam keputusasaan, Diandra merancang sesuatu yang tidak terduga... memerangkap Rayyan dua hari sebelum majlis pernikahannya.

Mereka akhirnya berkahwin, tetapi ikatan itu tidak membawa kebahagiaan. Sebaliknya, ia mengundang kebencian dan dendam dari Rayyan terhadap Diandra. Hubungan mereka penuh konflik, tetapi di sebalik kemarahan, keduanya terpaksa berhadapan dengan realiti cinta, ego, dan pengorbanan dalam dunia penuh intrik keluarga, kuasa, dan rahsia tersembunyi.