Fajar Pakeer
[FAJAR PAKEER] The Return Of Hazrael (Y46,L114,SR14)
- Regular price
- RM 31.45
- Sale price
- RM 31.45
- Regular price
-
RM 37.00
Share
Tajuk: The Return Of Hazrael
ISBN: 9789838223836
Penerbit: Fajar Pakeer
Muka Surat: 778 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Harleen
Tahun Terbitan: 2023
Format: Softcover
Berat (kg): 0.61 kg
Dimensi (cm): 3.5cm x 18cm x 11.5cm
SINOPSIS
Hikayat ketiga dalam siri ini masih tentang mereka. Nampaknya, angkasa tidak pernah puas mencampakkan dua jiwa ini ke dalam neraka ilusi.
Konflik bermula apabila Hazrael pulang dari operasi Morocco, dan Naina tiba-tiba sahaja diculik. Penculikan biasa?
Tidak.
“Hazrael? Saya dekat mana sekarang ni?” — Naina Hijannah
“Naina... you’re in North Korea.” — Neil Hazrael
“What?!” — Naina Hijannah
Benar, Naina terperangkap di Korea Utara, dan ada seseorang yang ingin mencungkil kembali trauma lamanya! Memandangkan Malaysia dan Korea Utara tidak lagi mengekalkan hubungan diplomatik, maka misi untuk menyelamatkan Naina semakin kabur untuk dilaksanakan. Tambahan pula, identiti Naina tiba-tiba sahaja tidak wujud di dalam sistem.
Situasi bertambah sesak, bertambah kelam dan juga hampir tak berharapan. Lalu, Hazrael memilih untuk membuat kerja gila. Benar-benar gila.
“I’m going to North Korea, alone. I’m going to save my wife. Even if that means
breaking the law, illegally and breaking into the potential enemy’s territory.” — Neil Hazrael
Ya. Hazrael merancang untuk menceroboh masuk ke sempadan Korea Utara secara haram, dan membawa pulang isterinya dengan selamat.
Adakah misi haram ini akan berhasil? Atau hanya akan membesarkan luka yang sedia ada? Dan sekiranya Hazrael berjaya, adakah setakat itu sahaja konflik pengakhiran cinta mereka berdua?
“You can’t run from your past, and your wife is paying the price.”
Malaysia, Korea Utara, serta enam peringkat yang mengancam nyawa. Barangkali, dosa Hazrael sebagai Internet Death Angel itu terlalu besar hukumannya. Sehinggakan ia menyeru kedatangan bayangan malaikat maut semula.
“Is she supposed to be his always and forever, or his greatest punishment ever?”